Wednesday, December 31, 2008

sembang kasi orang bimbang...


kadang-kadang bila duduk bersembang dengan orang yang cakap nak menang buat aku selalu terfikir; "adakah aku macam dia ni?" dan selalunya aku akan tekun memerhatikan manusia macam ni. seronok melayan. tapi memang orang macam ni ramai yang suka melayan tapi kt belakang macam-macam cerita yang kaluar. itu pun satu jenis manusia lagi. talam dua muka. dalam perhubungan aku selalu percaya kepada satu perkara "treat others the way you want to be treated" dan dikeranakan pedoman yang aku pegang dalam persahabatan inilah aku takkan heran kalau orang yang aku layan buruk melayan aku macam sampah sebab memang aku sendiri yang tempah benda tu. tapi kalau orang yang aku lain baik buat aku macam kain buruk, maka amukan tenaga langit ketujuh mungkin akan terjadi.

berbalik kepada cerita manusia "sembang kasi orang bimbang asyik nak menang" tadi ni, aku perasan diorang ni ada juga yang menjaga hati orang bila bercakap. dia akan cakap yang bagus-bagus dulu lepas tu akan keluar "tapi...". banyak betul idea dia untuk mengkritik. orang macam ni kalau jadi pengkritik AF bagus aku rasa. bila tang dia banyak jugalah kehebatan yang keluar dari mulut dia dan di"sedap-rasa"kan apa imiginasi dia tentang kehebatan yang dia akan buat. tapi kadang-kadang banyak benda yang hanya boleh bermain di kepala saja susah nak dipraktikkan. macam orang nak berenti merokok kalau setakat ingat-ingat je tapi tak buat sampai mati pun tak boleh nak berenti. iya dak?!?!

mungkin orang selalu merasa tak selesa kalau aku tenung-tenung tapi ada orang pernah cakap dengan aku "nak jadi pelakon yang bagus ko kena belajar perhatikan manusia lain dan cuba baca apa yang dia sedang fikirkan. dalam erti kata lain cuba letakkan diri ko di tempat orang tu." dan aku selalu praktikkan. memang seronok cuba menyelami orang lain. ada masa rasa macam boleh buat dialog apa yang bermain di firkiran dia. dan tentulah dialog itu hanya rekaan otak aku semata-mata. selepas beberapa lama mempraktikkan benda ni selalu jugak lah sangkaan aku betul. walaupun diorg menidakkannya tapi satu hari diorang-diorang ni akan mengaku dengan aku.

macam orang yang cakap nak menang ni, selalunya dia rasa "insecure" dan takut orang tak nampak atau tak mengakui kehebatan dia, jadi jalan penyelesaiannya terpaksalah pukul canang sendiri... kesian kan....

No comments:

Post a Comment