Thursday, December 18, 2008

satu...

satu itu sepi
satu terlalu sunyi
tiada suara tiada gema
hanya ada satu

satu itu luka
satu terlalu pedih
tiada kami tiada kita
hanya tinggal satu

satu itu indah
satu memenuhi cinta
tiada mereka tiada lain
hanya untuk satu

satu itu dekat
satu tak pernah menjauh
tidak pernah hilang tiada dinafikan
hanya akan menyatu

satu itu aku
satu itu dia
segalanya demi satu
hanya satu...

5 comments:

  1. Salam...
    Nama kita pgilan kita sama!

    Kenapa nama Chi?

    ReplyDelete
  2. hye kak chi!! huhuh jumpa dah blog dia..nanti anim letak link ek..

    ReplyDelete
  3. UnaChenta
    salam perkenalan... ada beberapa sebab kenapa nama chi
    1. nama penuh terlalu sukar disebut oleh sesetengah orang lalu dipendekkan menjadi chi
    2. kerana selalu energetic jadi digelar sedemikian
    3. selalu berdoa agar tenaga tak pernah putus dalam perjalanan seni ini
    4. dan beberapa sebab lain yang masih tak pasti :)

    Baby Tiger
    :D cacing dah mula panas... cacing dah mula panas... aummmm!!!

    ReplyDelete
  4. bersatulah dengan diri chi.

    ReplyDelete
  5. ke arah itu kawan... ke arah itu...

    ReplyDelete