Monday, December 15, 2008

1 lagi sebab untuk jatuh cinta

semalam pergi menonton teater omputih dengan dengan d'otai's; Rumor by Cinzia Ciaramicoli

masuk je dalam Stor DBP pelakon sudah berada di atas pentas menyambut dengan senyuman. sebaik sahaja panggung penuh pelakon memulakan lakonan. sepanjang pementasan aku duduk dengan khusyuk. satu cuba untuk memahami ayat-ayat yang dilontarkan dan yang kedua aku menanti. sehingga ke akhir pementasan aku masih menanti sehingga tidak sedar yang pementasan telah berakhir. sedikit hampa kerana penantian ku ternyata sia-sia...

keseluruhan banyak pergerakan si pelakon yang aku suka tetapi dari segi lakonan aku masih mengharapkan sesuatu yang outstanding. walaupun transasi watak jelas tetapi terlalu selamat corak lakonannya sehinggakan aku tak merasakan gejolak dan gelora si pelakon. perasaan yang terlalu kosong. aku sendiri kurang pasti, mungkin juga ini yang diinginkan oleh pengarah dan pelakon.

atau mungkinkah kerana aku melayu yang terlalu suka bermain dengan emosi? mungkin juga aku terlalu biasa dengan pementasan-pementasan melayu yang penuh dengan gejolak dan gelora.

tetapi aku rasa disinilah uniknya teater melayu yang berinteraksi dengan penonton melalui rasa hati dan tidak mekanikal. sehingga penonton dapat merasakan mereka diletakkan di situasi yang digambarkan dan seterusnya menyelami watak itu sendiri. bahkan penonton dapat mengaitkan diri mereka dengan watak.

mungkin ada yang mengatakan aku terlalu skeptikal. ini hanya pandangan aku dari sudut kacamata aku yang tiada apa-apa. yang pasti aku telah temui lagi satu sebab untuk terus jatuh cinta dengan teater melayu...

No comments:

Post a Comment