Monday, November 30, 2009

ada bran?

hidup kena berani. kalau takut buat apa hidup.

"aku tak takut hidup dan aku tak takut mati, yang aku takut hanya ketidakpastian antara hidup atau mati..."
-@-

Saturday, November 28, 2009

i am a woman....

raya haji tahun ini sangat lain. setelah sekian lama aku menjauhkan diri dari keluarga sendiri aku kembali berjinak-jinak dengan mereka, walaupun perbualan yang tercetus bukanlah jenis-jenis yang aku suka tapi demi menjernihkan kembali perhubungan aku merelakan. mengimbau kenangan2 lama antara kami adik-beradik. dalam proses mengimbau itu aku tersedar banyak yang aku terlepas. ternyata dalam jalan cerita mereka aku hanyalah supporting character. banyak scene kehadiran aku tidak wujud. tapi hanya dari segi fizikalnya sahaja ketidakwujudan aku, hakikinya namaku sentiasa muncul dalam setiap perbualan. aku terlalu sibuk dengan urusan sendiri sehingga terlupa. dan tahun ini akan lebih bererti kerana bakal menerima ahli baru dalam keluarga kami. setelah 13 tahun tidak mendengar suara tangisan budak dalam masa 3 minggu keluarga En Azim akan menyambut kelahiran cucu sulung. insya-allah... dan dengan kelahiran itu dengan rasminya aku akan menjadi MAKCIK. satu permulaan yang baik untuk melangkah ke alam 30-an. sesungguhnya umurku makin berkurangan dengan pertambahan angka... siapa kata "age is just numbers" "age is wisdom and wisdom makes a woman, woman. And I am a woman..."

Saturday, November 21, 2009

LORONG BLUES KE SEREMBAN???

Ya.... Pementasana Teater Lorong Blues arahan Hajah Fauziah Nawi akan dipentasakan di Seremban pada 5hb Disember 2009 bertempat di (akan diberitahu kelak).....

Saturday, November 14, 2009

pelupa

kata opah "jangan lupa diri"
ibu pesan benda yang sama
tapi semakin aku cuba untuk tidak lupa semakin aku jadi pelupa
lupa tanggungjawab
lupa memberi
lupa meminta
lupa bertanya
lupa aku dimana
lupa aku siapa
rupanya aku sudah lupa
lupa apa itu cinta...

aku tidak tahu kenapa tuhan menghantar mereka ke sini tapi aku tahu kenapa aku dihantar...
semuanya kerana aku lupa...
lantas aku diingatkan tentang cinta...
terlalu cepat aku melatah bila dibaling batu-batu kecil
terlalu kecil hati ini...


kembali....

dari 27 september - 14 november 2009



sepi... terlalu sunyi
hanya kata-kata bermain di hati
dan otak menjadi jentera berat yang sarat
lalu ku ambil keputusan
untuk menulis

kembali....

Sunday, September 27, 2009

cahaya syawal

syawal tahun ni sangat sunyi... beraya di KL dengan korum yang kurang memang tak meriah. ditambah lagi dengan sms yang diterima beberapa hari sebelum raya... syahdu rasanya jiwa... malam raya pertama aku celebrate di bukit bintang massage badan yang naik sengal... tapi malam syawal pertama juga aku terima sms yang buat hati menari riang... insya-allah syawal tahun ini permulaan yang baik untuk kami... amin....

Friday, September 4, 2009

ramadhan ini...


tenang bulan penuh
aku masih ragu
dimanakah tuhan
di mulut atau dihati
doa hanya tinggal kata-kata kosong
tanpa erti
sesatkah aku disini
sedangkan segala-galanya ada
dan penuh makna


Sunday, August 23, 2009

padi dan besi


susah mahu jadi manusia padi, ramai yang terlalu senang menjadi manusia besi
lihat saja teater anugerah merdeka baru-baru ini... aku semakin takut lupa diri....

Saturday, August 22, 2009

aku manusia takut mati

deman tak kebah jiwa makin parah.
aku manusia takut mati.
aku manusia takut ajal.
terlalu banyak dosa yang tak tertebus
terlalu banyak angan yang tercapai
badan makin lemah
tapi otak makin ligat
membayangkan yang bukan-bukan

Friday, July 24, 2009

sekali lagi manusia bodoh ku temu. anjing mungkin...

aku tiba-tiba merasa jelak dan jijik terhadap manusia yang seperti mereka. terlalu taksub dengan diri sendiri. mahu segalanya dari orang lain tetapi memberi terlalu sikit untuk dikongsi. adakah patut kehadiran mereka dialukan dan membiarkan sahaja mereka berbuat sesuka hati dan semahunya? mereka inilah manusia yang tidak pernah bersyukur. semakin aku menganali mereka semakin jijik dan mual. kepura-puraan dan hanya berlakon tapi sedikit mereka tahu, bahawa sebenarnya sebelum aku menyedari hal ini ternyata ada orang sudah membaca percaturan mereka dengan lebih mendalam dan langsung membuat keputusan meletakkan tempat mereka jauh dari hati. ternyata dunia ini penuh dengan manusia bodoh yang lucu. 

Thursday, July 23, 2009

penjual ikan


si penjual ikan 
manusia sehina-hina alam
nyahlah kalian dari hidup kami
dari hidupku
kerna kalian tidak akan pernah ada tempat disini....

Tuesday, July 7, 2009

kelu...



terlalu lama tanpa suara
rindu
tiada suara
hanya otak menjadi jentera
mencerna segala rasa
rindu

Thursday, May 21, 2009

????


saat ini segalanya mula mencair dan mengalir lesu...
bisakah bangun esok hari lalu terbitnya senyuman?
kerna segalanya sudah tidak pasti...

Thursday, May 7, 2009

janji dan impian....


dalam hidup ada 2 perkara yang mesti dikotakan, janji dan impian. tapi bila impian bercanggah dengan janji yang mana satu mesti diutamakan. satu menuntut kesetiaan dan yang lagi satu dalam misi pencarian diri. patutkah manusia pentingkan diri dan terus mengejar impian lalu melupakan sebuah janji? atau perlukah melepaskan impian demi mengotakan sebuah janji? kebuntuan yang panjang. seperti menarik rambut dalam tepung; rambut jangan putus dan tepung tidak bersepah. kesetiaan atau pencarian diri? mana yang harus didahului melebihi yang satu lagi? tepuk dada tanya selera. masalahnya takkan bisa menepuk dada jika salah satunya tiada, jalan pasti songsang tanpa mampu mengangkat kepala. bagaimana?

Wednesday, May 6, 2009

otakku bukan lampu...


bila hati mahukan jejari menari di atas deretan huruf-huruf roman, menjadi karya di depan skrin, akal seakan beku. setiap perkataan dan ayat yang terkeluar seperti tiada memberi apa-apa maksud. di ketika inilah segala keinginan, kemahuan dan kemampuan seakan bercanggah. otakku ternyata bukan suis lampu yang boleh ditekan agar lampu bisa menyala dan padam sesuka hati, semahu-mahunya.  lalu apa perlu terus menatap skrin kosong kerna lampu minda takkan bisa menyala malam ini sebaiknya dipadamkan sahaja lampu dan meneroka jauh ke dalam mimpi indah. selamat malam 

Monday, April 27, 2009

rindu


ketika hati semakin sayu, rindu menjadi satu. dan belaian terasa semakin jauh, hati semakin rindu, semakin sayu... kapan ketemu?

Sunday, April 26, 2009

mereka... dan dimanakah aku...


manusia sering ingin kelihatan hebat di mata orang lain. kadang-kala cuba untuk menjadi sebahagian daripada manusia lain. tapi bukan mudah untuk menjadi sebahagian dari manusia hebat. aku sendiri sekian lama disini masih terlalu takut untuk mengatakan aku sebahagian dari manusia hebat itu sendiri. kadangkala merasakan aku terlalu kerdil dikalangan mereka. terlalu kecil kewujudan aku disini. bila ada yang mengatakan aku sebahagian dari mereka aku semakin menjadi kerdil. terlalu jauh jika hendak digandingkan bersama. ada masa aku hanya mampu tersenyum melihat orang lain dengan bangga mengakui sesuatu yang belum pasti. melihat keghairahan mereka dalam usaha untuk menjadi sebahagian daripada kehebatan itu sendiri. dan yang paling melucukan bila mereka menggebangkan kewujudan manusia manusia hebat tadi hanya memandang ke arah ku sambil tersenyum seakan-akan bersuara dalam diam, lihatlah sandiwara hidup...  

Monday, April 13, 2009

manusia bodoh


semakin kau melawan semakin kau jatuh. dan semakin kau menolak semakin jauh kau lari ke dalam kesuraman. sinar muka yang terang kembali menjadi kelam. dan sekarang kau seperti telur di hujung tanduk menanti pecah berderai. dan jangan hanya kerana kedangkalan mu segalanya menjadi hancur. baru dunia tahu isi perutmu tidak seindah kulitmu. dan kau semakin tenggelam. sampai masa untuk kembali ke ke pangkal jalan...moga pintu hatimu dibukakan demi kebaikan semua. amin

Wednesday, March 4, 2009

demam


kembalikan siangku
cuaca yang tak menentu
aku demam
diserang
kepanasan
kesejukkan
kerinduan

Tuesday, March 3, 2009

hmmm....




aku hanya tersenyum di dalam hati bila keikhlasanku dipersoalkan... jalan terbentang di hadapan tapi kalian membicarakan tentang hujan... dimana silapnya?

Friday, February 20, 2009

berandai-andai


seandainya yang ku punya hanya waktu
ia mungkin tidak cukup
seandainya yang ku punya hanya hati
ia mungkin sudah terguris
seandainya yang ku punya hanya dikau
ia mungkin menjadi kisah
lalu apa perlu berandai-andai

Tuesday, February 17, 2009

lewat sesaat


yang mampu bulan lakukan hanya termenung menatap malam
lewat sesaat merubah segala takdir
malam makin pekat hati makin sarat
lalu embun menitis

Wednesday, February 11, 2009

rindu


hati telah dibawa pergi
ketika ini hidup terasa penuh kerinduan....
terlalu selesa bila bersama
dan kehilangan bila tiada
kapan berjumpa lagi...

Saturday, January 24, 2009

selamat pergi dan kembali... insya-allah

selepas 5 jam dari sekarang aku akan berangkat menuju ke salah satu tempat yang memang sangat-sangat aku teringin nak pergi... dan selepas 2 jam setengah dari 5 jam itu aku akan menjejakkan kaki ke tempat yang sangat-sangat aku teringin nak pergi tersebut. dan selepas 240 jam dari 2 jam setengah yang dari 5 jam tadi tu aku akan kembali semula menyambung hidup di bumi Malaysia... dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung.... amin.

Thursday, January 22, 2009

aku, dia ; kami


saat ini aku merasakan separuh dari hati amat teruja... dan separuh lagi seakan menunggu hukuman mati; bedebar-debar... sukar untuk menduga sejauh mana hubungan ini akan pergi. aku hanya mampu berdoa dan bersedia dengan segala kemungkinan yang ada... harap hanya ada satu kemungkinan sahaja.... tapi apa pun aku bertekad untuk jadi yang terbaik demi sebuah perhubungan yang belum tercemar...Tuhan, berkatilah...

Thursday, January 15, 2009

asing...

Sabda Rasulullah saw "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)
maka perlukah aku terus mengasingkan diri yang saat ini memang terasa begitu asing dan jauh... masih ada masa untuk membuat pilihan yang tepat. tapi sampai bila hanya menconggak pilihan tanpa sebarang keputusan... aku tandus kewarasan...

Thursday, January 8, 2009

tawa seminit


aku memerhati rumput-rumput hijau tumbuh... saat yang tiada duanya... perlukah menangkap anak ayam yang belum menetas? lalu dibunuh ribuan luka-luka kecil yang tiada henti berdarah... sesungguhnya rumput-rumput yang menghijau subur lebih susah ditebas... bukankah lebih mudah membunuh semut dengan gula dari mencurahkan cuka...

Tuesday, January 6, 2009

haruskah terus mempamerkan senyum?



rumah bertiang dua menanti masa rebah. dari dinding-dinding jati yang semakin mereput, hutan renai yang makin menyubur, tetap berdiri menunggu. kapan pulangnya? lalu duduk memeluk tubuh memandang jejari kaki yang kuat mencengkam tanah... akan pulangkah? terangilah langitnya...

tali yang panjang kalau ditarik semahu-mahunya bisa putus dua dengan hujung yang serabut..

Friday, January 2, 2009

berdialog dengan seorang aku...


semakin mahu semakin takut
semakin takut semakin mahu
hati, kenapa selalu curang dengan akal yang cetek
dan akal, kenapa susah untuk meneka hati yang rumit...
kenapa?
bagaimana?
bila?
dan siapa?
semakin kecil hati yang mahu membesar...
tuhan berilah nyawa...