Saturday, November 28, 2009

i am a woman....

raya haji tahun ini sangat lain. setelah sekian lama aku menjauhkan diri dari keluarga sendiri aku kembali berjinak-jinak dengan mereka, walaupun perbualan yang tercetus bukanlah jenis-jenis yang aku suka tapi demi menjernihkan kembali perhubungan aku merelakan. mengimbau kenangan2 lama antara kami adik-beradik. dalam proses mengimbau itu aku tersedar banyak yang aku terlepas. ternyata dalam jalan cerita mereka aku hanyalah supporting character. banyak scene kehadiran aku tidak wujud. tapi hanya dari segi fizikalnya sahaja ketidakwujudan aku, hakikinya namaku sentiasa muncul dalam setiap perbualan. aku terlalu sibuk dengan urusan sendiri sehingga terlupa. dan tahun ini akan lebih bererti kerana bakal menerima ahli baru dalam keluarga kami. setelah 13 tahun tidak mendengar suara tangisan budak dalam masa 3 minggu keluarga En Azim akan menyambut kelahiran cucu sulung. insya-allah... dan dengan kelahiran itu dengan rasminya aku akan menjadi MAKCIK. satu permulaan yang baik untuk melangkah ke alam 30-an. sesungguhnya umurku makin berkurangan dengan pertambahan angka... siapa kata "age is just numbers" "age is wisdom and wisdom makes a woman, woman. And I am a woman..."

No comments:

Post a Comment