Tuesday, March 23, 2010

lama tak menulis sampai tak tahu apa yang nak ditulis.... saja nak menyemakkan blog yang makin suram....
bila masuk balik alam pekerjaan setalah lama menanam anggur, aku jadi kaget. segalanya serba tak kena. serba serbi tak tahu atau aku yang malas nak amik tahu.

hari dalam suratkhabar seorang artis wanita meninggal akibat ketumbuhan di paru-paru setelah menderita selama lebih kurang 4 bulan.

hari ini juga sepasang suami isteri berduka kerana anak pertama mereka yang lahir tak cukup bulan akhirnya menghembuskan nafasnya. 6 bulan lepas mereka menangis kerana doa mereka dimakbulkan setelah 8 tahun berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. dan hari ini mereka menangis lagi apabila cahaya yang diharapkan akhirnya padam setelah 48jam melihat dunia.

*joi memegang lembut jari anaknya yang di dalam incubator sambil merenung tubuh yang kecil itu. marina hanya mampu mengalirkan airmata tanpa bunyi. sepasang mata yang hampir layu itu memandang tepat ke dalam mata joi dan seterusnya merenung marina. perlahan-lahan mata itu tertutup. tiga nafas terakhir.... tangisan makin syahdu....

*takziah buat kak marina & abg joi.... juga buat keluarga yanie.... alfatihah...