Saturday, July 17, 2010

sshhyyyyyyyy..... pssst.... pssst

nak menulis tapi tak de idea..... ada idea tapi kalau aku tulis ramai pulak yang tersentap.... lebih baik aku diam.....

Friday, June 11, 2010

????

after a long walk i got really tired and fall asleep under a tree.... i dreamt of yesterday and tomorrow but not present day.... i realize i'm stuck between past and future but where is today? i woke up dazzling over it...

Thursday, May 20, 2010

seadanya...hanya itu...

kejujuran adalah perkara yang oenting dalam hidup. hidup kena jujur hati kena ikhlas. bagaimana caranya untuk mengukur kejujuran dan keikhlasan? adakah sesuatu yang boleh dipandang dari luaran. adakah ianya tertulis secara nyata dan terang-terangan pada setiap wajah manusia? adakah bisa dicongak dari setiap bait-bait perkataan dan suara yang keluar dari mulut?
kita tidak pernah dapat mengetahui secara jujurnya. yang dapat kita lakukan ialah mencuba sejujur-jujurnya.... beri seikhlas hati dan terima seadanya. hanya itu....

Thursday, April 15, 2010

rindu




aku terasa sangat jauh dan menghilang..... sejauh manakah jarak kita dan kemana hilangnya dahulu? aku semakin rindu masa lalu....

Tuesday, March 23, 2010

lama tak menulis sampai tak tahu apa yang nak ditulis.... saja nak menyemakkan blog yang makin suram....
bila masuk balik alam pekerjaan setalah lama menanam anggur, aku jadi kaget. segalanya serba tak kena. serba serbi tak tahu atau aku yang malas nak amik tahu.

hari dalam suratkhabar seorang artis wanita meninggal akibat ketumbuhan di paru-paru setelah menderita selama lebih kurang 4 bulan.

hari ini juga sepasang suami isteri berduka kerana anak pertama mereka yang lahir tak cukup bulan akhirnya menghembuskan nafasnya. 6 bulan lepas mereka menangis kerana doa mereka dimakbulkan setelah 8 tahun berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. dan hari ini mereka menangis lagi apabila cahaya yang diharapkan akhirnya padam setelah 48jam melihat dunia.

*joi memegang lembut jari anaknya yang di dalam incubator sambil merenung tubuh yang kecil itu. marina hanya mampu mengalirkan airmata tanpa bunyi. sepasang mata yang hampir layu itu memandang tepat ke dalam mata joi dan seterusnya merenung marina. perlahan-lahan mata itu tertutup. tiga nafas terakhir.... tangisan makin syahdu....

*takziah buat kak marina & abg joi.... juga buat keluarga yanie.... alfatihah...

Thursday, February 25, 2010

rindu kalian

aku ada kawan yang aku sayang. tapi aku selalu lupa mereka. selalu tiada dalam ada. baru-baru ini aku tersedar berapa sikitnya masa yang aku ada untuk terus menghargai mereka sebelum aku terpaksa melepaskan mereka tanpa kerelaan. aku mahu membayar kembali hutang-hutang yang tak terjelaskan. dimanakah kau kawan? aku rindu kalian.....

Monday, January 18, 2010

???

aku mahu tapi takut. takut tak dapat berjalan tegak. takut nanti aku terpaksa berjalan memandang lantai. malu dengan diri sendiri yang bercita-cita tinggi tapi tangan tak mampu nak tampung berat yang telah dipertangungjawabkan. aku manusia yang sering lupa dan alpa. macam mana kalau aku terus lupa nak mambawa manusia lain bersama-sama dalam hidup yang bersimpang-siur? Ya Allah berikan petunjuk....

nota: kawan-kawan doakanlah aku mampu dan tidak berlari zig-zag lagi....