Tuesday, October 21, 2008

bermula semalam

21hb Okt 2008
dari rumah ke bank kemudian ke ruang tepat sekali lagi. sempat singgah mendaftar lesen kereta. ya, sampai bila harus memperkudakan orang menjadi supir tak bergaji untuk aku. sudah tiba masa membuang kata-kata "license come with responsibility" dan memegang tanggungjawab. masih malas mahu mengerah otak untuk berfikir menukarkan kata-kata kepada wang sedang masa berjalan pantas bersama RM6.50 yang ku bakar dengan senang hati sakit peparu. petang singgah di salon rakan, sekadar mencari teman bicara penghilang kebosanan, bercerita dan mendengar tentang masalah. kitaran lambat seminggu. seram. dalam borak santai otak masih juga mampu membicara tentang wang. ternyata pertemuan tak sia-sia kerna diakhiri dengan sebuah urusniaga, perlaburan masa depan. balik ke rumah cuba untuk tidak berpesanan ringkas. lawan. lawan. lawan. nekad dan kuatkan semangat... aku mampu... 


20hb Okt 2008

bangun dan cuba untuk berkerja tapi hati meronta enggan. lucunya seorang aku yang telah diberi kepercayaan untuk memimpin. mungkin jelak duduk ruang tepat yang kosong tak berinspirasi. di rumah masih sama ruang kosong tak berseri. tidur terjaga di tengah malam lalu mencapai telefon menghantar pesanan ringkas yang sangat ringkas yang dibalas dua kali ganda ringkas. bukan masa yang sesuai. menghadap komputer hingga tepat jam 3 pagi. gelap. sedar-sedar sudah terang.

No comments:

Post a Comment