Thursday, June 5, 2014

Teater Topeng-topeng

Dalam malam yang kian sunyi
Terdengar suara-suara membutirkan kata
Alangkah indahnya kembali
Bersama
Mencari bahagia
Atas nama cinta
Pentas bakal diterangi 
Dengan gema suara
Pesona 
Dan 
Aksi....

Tuesday, June 3, 2014

Tanya hati

Segala bergantung pada hati,
Senyum hanya pengapus sesaat 
Akan segala yang sarat
Milik kita akan tetap kembali
Jika memang haknya 
Ambil masa 
Renung semula
Tabahkah kita untuk terus 
Terluka dalam melukakan
Yang penting hati
Kerana ia ingin sentiasa dihargai

Sunday, March 30, 2014

Sunyi pentas

Dan kini hati berkata-kata 
Segala mimpi mungkin akan hilang 
Tapi aku tetap berharap
Suatu masa pentas akan terang
Dan kami kembali 
Membuka panggung 
Memberi sepenuh hati
Atas nama cinta
Pada seni 

Friday, February 21, 2014

Kejauhan rasa...

Sesaat aku merasa kejauhan itu adalah suatu siksa... Tapi jauh itu juga membawa aku lebih dekat dalam mengenali kamu dan diriku... Letakkanlah hati ini di telapak tangan, genggamlah dengan cermat agar tidak jatuh berkecai terhempas dek rasa penat... Dan bawalah rasa ini lebih dekat...

Kerajaan Awan...



Kerajaan awan;
Bak lautan gumpalan kapas 
Umpama gurun salju putih
Sejauh mata memandang

Izinkan aku tinggal disini
Meniti bebenang awan putih lembut
Melompat dari awan ke awan
Riang

Adakah makhluk lain yang turut hinggap di kerajaan awan ini?
Atau hanyalah aku 
Si ratu memerintah 
Rakyat yang juga aku....


Thursday, February 13, 2014

Lingkaran insaniah disisi...

Dalam siri ke 30-an ini aku belajar mengenal sahabat, rakan, kawan, teman dan juga kenalan. Kenalan terlalu ramai yang datang dan pergi. Rakan makin jauh ku tinggalkan dalam kesibukan. Kawan, adakala datang tika rindu dan pergi tika sebu, tetap ada. Teman selalu ada namun tidak mudah untuk dimengerti apatah lagi memahami. Dan sahabat... tidak pernah hilang walau sesaat, berjalanlah kemana selaju sejauh mana pun, kalian tetap dihati dan jumlahnya tidak sehabia jari...

Tuesday, February 11, 2014

Menjenguk kenangan dalam bayang....

Aku rindu pada semalam yang damai tanpa penyesalan. Semalam yang penuh senyuman walaupun hati disulam duka. Aku rindu pada perdebatan yang mendekatkan jarak. Aku rindu pada semalam yang kutinggalkan. Apakah akan ada lagi semalam dihari depan....?