aku hanya tersenyum di dalam hati bila keikhlasanku dipersoalkan... jalan terbentang di hadapan tapi kalian membicarakan tentang hujan... dimana silapnya?
seandainya yang ku punya hanya waktu ia mungkin tidak cukup seandainya yang ku punya hanya hati ia mungkin sudah terguris seandainya yang ku punya hanya dikau ia mungkin menjadi kisah lalu apa perlu berandai-andai
selepas 5 jam dari sekarang aku akan berangkat menuju ke salah satu tempat yang memang sangat-sangat aku teringin nak pergi... dan selepas 2 jam setengah dari 5 jam itu aku akan menjejakkan kaki ke tempat yang sangat-sangat aku teringin nak pergi tersebut. dan selepas 240 jam dari 2 jam setengah yang dari 5 jam tadi tu aku akan kembali semula menyambung hidup di bumi Malaysia... dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung.... amin.
saat ini aku merasakan separuh dari hati amat teruja... dan separuh lagi seakan menunggu hukuman mati; bedebar-debar... sukar untuk menduga sejauh mana hubungan ini akan pergi. aku hanya mampu berdoa dan bersedia dengan segala kemungkinan yang ada... harap hanya ada satu kemungkinan sahaja.... tapi apa pun aku bertekad untuk jadi yang terbaik demi sebuah perhubungan yang belum tercemar...Tuhan, berkatilah...
aku; antara yang bertempiaran di muka bumi, yang sepi duduk memerhati, yang melihat dan cuba mengerti, yang kekadang memahami kekadang tak pasti; aku chi