Wednesday, September 10, 2014

Kecil

Bilah-bilah pisau
Menghiris
Terbit darah tak mengalir 
Beku dalam daging
Menanah 
Membusuk
Lalu jadi abu
Dan arang di muka
Terlakar wajah 
Seribu lara 

Di sana manusia sabung nyawa
Dan saat ini
Si kecil menyanyi
Lagu tak berlirik
Berbantal nisan 
Dan kita 
dimana?!?





Monday, September 1, 2014

isi tempat kosong...

lapar; kuasa
dahaga; kasih-sayang
buta; hati

Tuesday, August 26, 2014

cabul lantang

fikiran yang buruk lahir dari hati yang busuk, kata-kata cermin dalaman, lidah tiada peranan hanya penyampai perkataan... 


cabul mulutnya cabul lah hatinya... 

hati jangan dirosakkan


Tuesday, August 19, 2014

Tiada

Jasad disini
Tapi fikiran melayang
Berlari keluar masuk kotak
Antara semalam dan hari esok
Antara mengutip kenangan dan merencana harapan
Aku tiada disini...

manusia dan binatang...


hati yang tercalar takkan mudah lupa, mulut yang mengata takkan tahu diam, ego yang tercabar takkan mahu kalah, dendam yang tersumat takkan pernah padam; kebinatangan yang ada pada jiwa manusia. Logik nya tiada...

Sunday, August 17, 2014

Hati iri...

Hati terasa iri, tapi duka ini tersimpan dalam lipatan jiwa lusuh. Menanti bukan mengharap. Menunggu tidak menanti. Andai datang kebahagian jiwa mungkin tenteram, andai tiada pengakhiran yang diinginkan, yakinlah ada yang lebih baik telah dijanjikan. Hati terus percaya pada takdir dan masa. Kesabaran dan keyakinan pasti berbuah kemanisan keredhaan...

Saturday, August 16, 2014

MATA memerHATI...

Hati yang terlalu banyak berkata-kata adalah hati yang tidak akan pernah tenang. Tidak semua yang sumbang di mata perlu dicerca. Adakala Sang Pencipta sedang mengajar kita agar tidak alpa. Renung dalam diri kerana yang kadang khilaf ada pada diri. Melontarkan pandangan pada orang tanpa sedar mata tuhan memerhati kita...