Thursday, October 4, 2012

Nota # 1/2012 - hati

hatiku mula merasa
sayang
kasih
cinta
marah
sedih
pilu
binggung
tewas
hatiku sudah berpunya
hatiku padanya

kembali....

ada yang kata menulis merupakan terapi diri... siapa kata? aku kata

kali terakhir aku melawat blog ini tahun 2010. sudah 2 tahun. aku seharusnya tidak berhenti menulis. aku seharus meneruskan. tapi kala kemalasan menjadi penyakit kronik yang meragut aku terbawa dan terikut-ikut dengan rasa malas itu.

mungkin malas itu belum berlalu, masih bersisa atau juga masih banyak bakinya. akan ku cuba melawan rasa malas itu agar tidak menjadi cancer yang memakan diri...

dengan ini aku memulakan kembali dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....

Saturday, July 17, 2010

sshhyyyyyyyy..... pssst.... pssst

nak menulis tapi tak de idea..... ada idea tapi kalau aku tulis ramai pulak yang tersentap.... lebih baik aku diam.....

Friday, June 11, 2010

????

after a long walk i got really tired and fall asleep under a tree.... i dreamt of yesterday and tomorrow but not present day.... i realize i'm stuck between past and future but where is today? i woke up dazzling over it...

Thursday, May 20, 2010

seadanya...hanya itu...

kejujuran adalah perkara yang oenting dalam hidup. hidup kena jujur hati kena ikhlas. bagaimana caranya untuk mengukur kejujuran dan keikhlasan? adakah sesuatu yang boleh dipandang dari luaran. adakah ianya tertulis secara nyata dan terang-terangan pada setiap wajah manusia? adakah bisa dicongak dari setiap bait-bait perkataan dan suara yang keluar dari mulut?
kita tidak pernah dapat mengetahui secara jujurnya. yang dapat kita lakukan ialah mencuba sejujur-jujurnya.... beri seikhlas hati dan terima seadanya. hanya itu....

Thursday, April 15, 2010

rindu




aku terasa sangat jauh dan menghilang..... sejauh manakah jarak kita dan kemana hilangnya dahulu? aku semakin rindu masa lalu....

Tuesday, March 23, 2010

lama tak menulis sampai tak tahu apa yang nak ditulis.... saja nak menyemakkan blog yang makin suram....
bila masuk balik alam pekerjaan setalah lama menanam anggur, aku jadi kaget. segalanya serba tak kena. serba serbi tak tahu atau aku yang malas nak amik tahu.

hari dalam suratkhabar seorang artis wanita meninggal akibat ketumbuhan di paru-paru setelah menderita selama lebih kurang 4 bulan.

hari ini juga sepasang suami isteri berduka kerana anak pertama mereka yang lahir tak cukup bulan akhirnya menghembuskan nafasnya. 6 bulan lepas mereka menangis kerana doa mereka dimakbulkan setelah 8 tahun berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. dan hari ini mereka menangis lagi apabila cahaya yang diharapkan akhirnya padam setelah 48jam melihat dunia.

*joi memegang lembut jari anaknya yang di dalam incubator sambil merenung tubuh yang kecil itu. marina hanya mampu mengalirkan airmata tanpa bunyi. sepasang mata yang hampir layu itu memandang tepat ke dalam mata joi dan seterusnya merenung marina. perlahan-lahan mata itu tertutup. tiga nafas terakhir.... tangisan makin syahdu....

*takziah buat kak marina & abg joi.... juga buat keluarga yanie.... alfatihah...