Thursday, May 7, 2009

janji dan impian....


dalam hidup ada 2 perkara yang mesti dikotakan, janji dan impian. tapi bila impian bercanggah dengan janji yang mana satu mesti diutamakan. satu menuntut kesetiaan dan yang lagi satu dalam misi pencarian diri. patutkah manusia pentingkan diri dan terus mengejar impian lalu melupakan sebuah janji? atau perlukah melepaskan impian demi mengotakan sebuah janji? kebuntuan yang panjang. seperti menarik rambut dalam tepung; rambut jangan putus dan tepung tidak bersepah. kesetiaan atau pencarian diri? mana yang harus didahului melebihi yang satu lagi? tepuk dada tanya selera. masalahnya takkan bisa menepuk dada jika salah satunya tiada, jalan pasti songsang tanpa mampu mengangkat kepala. bagaimana?

Wednesday, May 6, 2009

otakku bukan lampu...


bila hati mahukan jejari menari di atas deretan huruf-huruf roman, menjadi karya di depan skrin, akal seakan beku. setiap perkataan dan ayat yang terkeluar seperti tiada memberi apa-apa maksud. di ketika inilah segala keinginan, kemahuan dan kemampuan seakan bercanggah. otakku ternyata bukan suis lampu yang boleh ditekan agar lampu bisa menyala dan padam sesuka hati, semahu-mahunya.  lalu apa perlu terus menatap skrin kosong kerna lampu minda takkan bisa menyala malam ini sebaiknya dipadamkan sahaja lampu dan meneroka jauh ke dalam mimpi indah. selamat malam 

Monday, April 27, 2009

rindu


ketika hati semakin sayu, rindu menjadi satu. dan belaian terasa semakin jauh, hati semakin rindu, semakin sayu... kapan ketemu?

Sunday, April 26, 2009

mereka... dan dimanakah aku...


manusia sering ingin kelihatan hebat di mata orang lain. kadang-kala cuba untuk menjadi sebahagian daripada manusia lain. tapi bukan mudah untuk menjadi sebahagian dari manusia hebat. aku sendiri sekian lama disini masih terlalu takut untuk mengatakan aku sebahagian dari manusia hebat itu sendiri. kadangkala merasakan aku terlalu kerdil dikalangan mereka. terlalu kecil kewujudan aku disini. bila ada yang mengatakan aku sebahagian dari mereka aku semakin menjadi kerdil. terlalu jauh jika hendak digandingkan bersama. ada masa aku hanya mampu tersenyum melihat orang lain dengan bangga mengakui sesuatu yang belum pasti. melihat keghairahan mereka dalam usaha untuk menjadi sebahagian daripada kehebatan itu sendiri. dan yang paling melucukan bila mereka menggebangkan kewujudan manusia manusia hebat tadi hanya memandang ke arah ku sambil tersenyum seakan-akan bersuara dalam diam, lihatlah sandiwara hidup...  

Monday, April 13, 2009

manusia bodoh


semakin kau melawan semakin kau jatuh. dan semakin kau menolak semakin jauh kau lari ke dalam kesuraman. sinar muka yang terang kembali menjadi kelam. dan sekarang kau seperti telur di hujung tanduk menanti pecah berderai. dan jangan hanya kerana kedangkalan mu segalanya menjadi hancur. baru dunia tahu isi perutmu tidak seindah kulitmu. dan kau semakin tenggelam. sampai masa untuk kembali ke ke pangkal jalan...moga pintu hatimu dibukakan demi kebaikan semua. amin

Wednesday, March 4, 2009

demam


kembalikan siangku
cuaca yang tak menentu
aku demam
diserang
kepanasan
kesejukkan
kerinduan

Tuesday, March 3, 2009

hmmm....




aku hanya tersenyum di dalam hati bila keikhlasanku dipersoalkan... jalan terbentang di hadapan tapi kalian membicarakan tentang hujan... dimana silapnya?