Thursday, July 10, 2014

Mereka lebih tahu...

Mereka lebih tahu dari aku...

Riaknya aku mengejar keduniaan

Ujubnya mereka menggengam syurga

Rendahnya aku di mengutip dosa

Hebatnya mereka menayang pahala

Mereka lebih tahu... 

Kerana mereka dan tuhan bersatu

Mereka lebih tahu...

Saturday, July 5, 2014

Maaf...aku kecewa...

Dalam bersahabat kadang tanpa sedar kita mengambil kesempatan. Menggunakan peluang. Aku cuba bersahabat dengan semua tanpa rasa dan memikirkan kekurangan kerna aku sedar aku tidak sempurna. Atas nama persahabatan aku cuba untuk meletakkan sebuah kepercayaan namun bila kepercayaan itu dikhianati aku merasa sakit hati. Dan kuputuskan untuk tidak mempercayai lagi, untuk tidak lagi berkongsi. Jika itu menjadikan aku kejam maka aku terima. Jangan aku disalahkan kerana yang kejam itu kamu. Mungkin dengan menjarakkan persahabatan tiada sandaran dan harapan maka tiada mengecewakan... Aku rela begitu, lebih baik menjadi kejam dari menjadi pembenci dan pendendam... Kita masih boleh duduk semeja berbicara tapi tidak lagi berkongsi rahsia... Kekecewaan ini terlalu besar harganya... Maaf....