Friday, February 21, 2014

Kejauhan rasa...

Sesaat aku merasa kejauhan itu adalah suatu siksa... Tapi jauh itu juga membawa aku lebih dekat dalam mengenali kamu dan diriku... Letakkanlah hati ini di telapak tangan, genggamlah dengan cermat agar tidak jatuh berkecai terhempas dek rasa penat... Dan bawalah rasa ini lebih dekat...

Kerajaan Awan...



Kerajaan awan;
Bak lautan gumpalan kapas 
Umpama gurun salju putih
Sejauh mata memandang

Izinkan aku tinggal disini
Meniti bebenang awan putih lembut
Melompat dari awan ke awan
Riang

Adakah makhluk lain yang turut hinggap di kerajaan awan ini?
Atau hanyalah aku 
Si ratu memerintah 
Rakyat yang juga aku....


Thursday, February 13, 2014

Lingkaran insaniah disisi...

Dalam siri ke 30-an ini aku belajar mengenal sahabat, rakan, kawan, teman dan juga kenalan. Kenalan terlalu ramai yang datang dan pergi. Rakan makin jauh ku tinggalkan dalam kesibukan. Kawan, adakala datang tika rindu dan pergi tika sebu, tetap ada. Teman selalu ada namun tidak mudah untuk dimengerti apatah lagi memahami. Dan sahabat... tidak pernah hilang walau sesaat, berjalanlah kemana selaju sejauh mana pun, kalian tetap dihati dan jumlahnya tidak sehabia jari...

Tuesday, February 11, 2014

Menjenguk kenangan dalam bayang....

Aku rindu pada semalam yang damai tanpa penyesalan. Semalam yang penuh senyuman walaupun hati disulam duka. Aku rindu pada perdebatan yang mendekatkan jarak. Aku rindu pada semalam yang kutinggalkan. Apakah akan ada lagi semalam dihari depan....?

Saturday, February 8, 2014

Berat kerelaan...

Tika rindu itu datang aku mengenang kembali hari-hari semalam... Ternyata terlalu lama ku tinggalkan... Bertaut kembali mungkin mustahil tapi kenangan itu akan tetap menjadi milik kita. 

Jika datang rindu, aku hidupkan segala kenangan itu dalam ingatan, mainkan kembali setiap babak suka dan duka, dan tika itu juga sedar itu memberitahu kita tak pernah terpisah hanya kejauhan yang membawa aku pergi... Dalam rela hatiku berat, dalam berat hatiku sarat... Penuh dengan kenangan bersama kalian...

Friday, February 7, 2014

mencuba kembali...

hari ini sahabatku mengingatkan ku kembali tentang kewujudan ruang ini.... 
aku mahu kembali menulis tapi tidak pasti apakah mampu untuk mengutip segala yang tertinggalkan
lalu disusun dan dibawa ke depan...

aku mahu mencuba...

*selepas dua tahun aku kembali, dulunya pun begini juga... melepaskan batuk di tangga... moga kali ini tidak begitu*