Monday, November 30, 2009

ada bran?

hidup kena berani. kalau takut buat apa hidup.

"aku tak takut hidup dan aku tak takut mati, yang aku takut hanya ketidakpastian antara hidup atau mati..."
-@-

Saturday, November 28, 2009

i am a woman....

raya haji tahun ini sangat lain. setelah sekian lama aku menjauhkan diri dari keluarga sendiri aku kembali berjinak-jinak dengan mereka, walaupun perbualan yang tercetus bukanlah jenis-jenis yang aku suka tapi demi menjernihkan kembali perhubungan aku merelakan. mengimbau kenangan2 lama antara kami adik-beradik. dalam proses mengimbau itu aku tersedar banyak yang aku terlepas. ternyata dalam jalan cerita mereka aku hanyalah supporting character. banyak scene kehadiran aku tidak wujud. tapi hanya dari segi fizikalnya sahaja ketidakwujudan aku, hakikinya namaku sentiasa muncul dalam setiap perbualan. aku terlalu sibuk dengan urusan sendiri sehingga terlupa. dan tahun ini akan lebih bererti kerana bakal menerima ahli baru dalam keluarga kami. setelah 13 tahun tidak mendengar suara tangisan budak dalam masa 3 minggu keluarga En Azim akan menyambut kelahiran cucu sulung. insya-allah... dan dengan kelahiran itu dengan rasminya aku akan menjadi MAKCIK. satu permulaan yang baik untuk melangkah ke alam 30-an. sesungguhnya umurku makin berkurangan dengan pertambahan angka... siapa kata "age is just numbers" "age is wisdom and wisdom makes a woman, woman. And I am a woman..."

Saturday, November 21, 2009

LORONG BLUES KE SEREMBAN???

Ya.... Pementasana Teater Lorong Blues arahan Hajah Fauziah Nawi akan dipentasakan di Seremban pada 5hb Disember 2009 bertempat di (akan diberitahu kelak).....

Saturday, November 14, 2009

pelupa

kata opah "jangan lupa diri"
ibu pesan benda yang sama
tapi semakin aku cuba untuk tidak lupa semakin aku jadi pelupa
lupa tanggungjawab
lupa memberi
lupa meminta
lupa bertanya
lupa aku dimana
lupa aku siapa
rupanya aku sudah lupa
lupa apa itu cinta...

aku tidak tahu kenapa tuhan menghantar mereka ke sini tapi aku tahu kenapa aku dihantar...
semuanya kerana aku lupa...
lantas aku diingatkan tentang cinta...
terlalu cepat aku melatah bila dibaling batu-batu kecil
terlalu kecil hati ini...


kembali....

dari 27 september - 14 november 2009



sepi... terlalu sunyi
hanya kata-kata bermain di hati
dan otak menjadi jentera berat yang sarat
lalu ku ambil keputusan
untuk menulis

kembali....