Saturday, November 29, 2008

aku yang zalim

malam tadi aku tidur berteman bayangan wajah sayu... bosku sakit dada pagi kelmarin. dan aku di pintu panggung menlontarkan senyuman seperti tiada berperasaan. kalian mungkin mengatakan aku zalim tapi hakikatnya aku cuba sedaya upaya untuk terus kuat di depan mata semua. aku yang selalu tersenyum akan tetap tersenyum. aku rindu tapi atas nama cinta aku masih berlagak dunggu. atas nama mimpi aku masih tetap disini keras hati. aku tahu apa yang aku mahu dan aku akan sampai ke sana juga. aku akan gagah dalam perjalanan seni ini biar apa pun rintangannya. biar dunia menghukum aku tapi tuhan lebih tahu. dan mungkin hari ini aku akan pulang sebentar untuk menatap wajah rindu yang kekadang membuat aku rasa jauh...


Wednesday, November 19, 2008

rindu...

hati
detik
detak
sepi
rindu
jauh
cuba kuatkan hati
mampukah untuk menyendiri
aku terus mencuba
tuhan
buka jalan terindah untuk kami
walau jalan tersimpang dua
aku rela
demi dia
demi bahagia
tapi hati tetap rindu...

Thursday, November 13, 2008

letih...


jangan cakap aku tak cuba... aku dah cuba...
jangan kata aku zalim.... aku dah puas buat baik...
tapi yang aku dapat masih habuk-habuk yang berterbangan. hanya ketermengahan dari mencuba. aku lari sana aku lari sini masih juga begitu. apa lagi yang mampu aku beri. nafas makin tercungap. hati makin sepi... semangat makin surut... dan kini rasa makin kosong sekosong pandangan yang jauh mengelamun. sampai bila? tak penat ke asyik berlari? tak ke nanti aku pengsan jatuh terhenti nadi? semakin hari semakin letih dan peluh-peluh keletihan perlahan-lahan membasuh rasa... jangan salahkan aku jika suatu masa aku hanya akan duduk di suatu sudut untuk memerhati dari segala keletihan. mungkin masa sudah tiba untuk ia menjadi kisah kemarin... bersediakah kita?

Tuesday, November 11, 2008

arak...


bosan membuat aku lari... segalanya berbaur arak...
bodoh... lemah... nista... kata julia...
aku kata negara kita terlalu ramai pekerja kilang arak... bapak kerja kilang arak, anak dapat bapak arak...
kesian kata julia...
aku kata bukan salah ibu mengandung,mungkin kita dah jadi pengeluar arak terbesar di asia...
mungkin juga di dunia? kata julia...
lalu mereka beramai-ramai meneguk dengan tanpa rasa zina...

aku bulan...


bila pedih menjadi indah
tandanya aku semakin dewasa
bila duka menjadi senyumku
aku semakin matang
aku menjadi bulan
membias sinar gemilang
menyembunyikan sisi kelam
takkan pernah menafikan
kerna dari situ aku temui keindahan
di situ aku temui diriku
dalam kegelapan
sejalur cahya merona
menjadi dekat kepadanya
keindahan dari sisi kelam
mendamaikan...

Wednesday, November 5, 2008

AKAN DATANG...


Persembahan Solo Fauziah Nawi- CINTA JULIA
Skrip & Arahan Iryanda Mulia Ramli...

Monday, November 3, 2008

A ke B?

manusia terlalu banyak berdolak-dalih... cakap A tapi buat B, cakap C kekadang sampai Z dia melalut... tak kuat pendirian.. terlalu banyak berfikir sudahnya sendiri keliru... bila dah buntu hilang arah baru cari tuhan baru nak ingat tuhan... pelik... aku pun terkadang pelik, berfikir mengalahkan ahli falsafah tapi yang dibuat semuanya sampah... bagi betis nak peha dah dapat peha dia nak dada pulak. ni la manusia yang tak reti bersyukur... yang dah lepas tu lepas lah ni tengok ke depan apa yang ada... ada nasi kenyang, tapi kalau pinggan tu kosong, pegilah cari jalan nak isikan. jangan nak melangut tengok pinggan kosong... kot lapar karang gastrik pulak, dari gastrik membawa ke ulser perut lepas tu melarat-larat... tak ke sudahnya mampos sengsorang... kesian...