Friday, October 31, 2008

6 hari...

macam-macam terjadi... aku berlari, aku mengejar, tak nampak batu dekat depan dan jatuh... tak berdarah tapi sakit... ternyata aku manusia yang tak mampu nak lawan graviti. kebawah jugak jatuhnya. ingatkan melambung ke atas rupanya tersembam kat tanah... cuba bangun buat-buat tak sakit, tapi dalam hati tuhan saja yang tahu, sakit bercampur malu... yang mampu aku lakukan senyum dan ketawa, moga-moga sakitnya taklah terasa sangat. tempat jatuh lagi dikenang... ternyata benar...

Friday, October 24, 2008

lucu....

ada jawatan, dilacur...
ada kasih, dibuang...
ada harta, dihabis...
ada sahabat, dikianat...
ada kepercayaan, dibunuh...
ada maruah, digadai...
apa yang tinggal?
cuma kata-kata tak bermakna...
ketawa ketawa ketawa air mata

hidup ni terlalu banyak lucunya, kenapa tidak kita ketawakan sahaja.....

Thursday, October 23, 2008

rajin adik rajin


adik aku tanya soalan "macam mana nak buktikan odd number campur odd number dapat even number? apa algorithm dia?" huh? kepala aku terus migrain. lamanya aku tak bermain dengan angka selain yang berkaitan dengan duit, tarikh dan waktu. otak menggerakkan motor berkarat mencari jawapan. "kenapa?" soalan kegemaran aku yang selalu buat orang rasa nak terajang. "orang kena hantar assignment. cari dalam internet tak ada pulak. gampang" aduh... senangnya bebudak sekarang.

Wednesday, October 22, 2008

telat 2 minggu

"permainan bodoh yang menuntut kesabaran. dan aku tak punya kedua-duanya;"
mungkin sebab itu aku tak boleh jadi seperti orang lain. tapi lebih baik aku jadi kera dari jadi pungguk rindukan bulan. pungguk yang bodoh. kera pun bodoh jugak tapi sekurang-kurangnya kera boleh melompat riang dari dahan ke dahan. pilih nak jadi kera ke nak jadi pungguk. aku pilih kera...

terima kasih en nuar

berbual dengan en nuar menerusi internet menaikkan semangat...jarang dapat berdebat tanpa rasa nak menjerit "woi benang kau tu basah tak boleh nak tegakkan la, udah-udah le tu menipu diri sendiri!!!" yang selalunya aku tutup dengan gelak spontan. terima kasih en nuar...

sejarah ringkas pengenalan en nuar dalam hidup aku
bermula pada tahun 1415H (1994) di kedutaan malaysia dimana bapakku berkerja dengan makcik en nuar. en nuar mula menarik perhatian cik azura (masa tu cik sekarang dh puan) masa ni dia kurus n rajin kemas rumah, cuci longkang... bukan sebab baik sangat tapi sebab makcik dia garang (ketawa syaitan). dia datang setiap kali cuti dan masa ni lah rumah aku jadi tumpuan gadis-gadis sunti yang sibuk nak sekodeng si en nuar ni cuci longkang (sampai sekarang aku tak faham apa kepuasan yang diorang dapat sekodeng orang cuci longkang... hmmmm asal macam pelik je ayat tu?). kami jumpa kembali bila aku kenal en mail. n lepak ngan geng dia. macam kenal je muka budak en nuar ni. aku pun tanya. ternyata sangkaanku tak meleset. dialah en nuar pujaan cik azura dulu (wink)



balik kepada perbualan dengan en nuar. dia bagi hujah yang aku tak faham dan tak tahu nak jawab celah mana. akhirnya dengan rela hati aku mengaku yang aku sekarang cetek ilmu dek kurang membaca. dia bagi statement yang buat hidung aku tak tahu nak kembang ke nak kuncup; dia tak percaya sebab dia tahu aku suka membaca. terpana sekejap. dan dengan jujurnya dan rela hati jugak aku mengaku akui kebenaran sikap malas aku yang semakin berleluasa. sorry kawan, perbincangan mungkin akan jadi lebih hangat dan menarik kalau pengetahuan aku meningkat tak statik dan beku. lain kali kita sambung lagi.

tapi memang sekarang aku cetek ilmu. semakin tua semakin cetek. semakin tua semakin nyanyuk agaknya. kata cikgu aku kalau tak nak nyanyuk kena rajin membaca. kalau tak nak nyanyuk otak kena selalu berfikir. aku lupa buat dua-dua tu. yang aku buat berfikir kenapa aku tak membaca tanpa buat apa-apa. sepatutnya aku membaca dan berfikir. bukan fikir nak baca tapi senyap. membaca untuk berfikir? berfikir untuk membaca? baca dan fikir? fikir dan baca? arghhh terlalu banyak mengarutnya otak semutku ini.

P/S: nuar jgn lupa janji ko. sesi bertukar-tukar kotak minda. AKU TUNGGU!!!

Tuesday, October 21, 2008

bermula semalam

21hb Okt 2008
dari rumah ke bank kemudian ke ruang tepat sekali lagi. sempat singgah mendaftar lesen kereta. ya, sampai bila harus memperkudakan orang menjadi supir tak bergaji untuk aku. sudah tiba masa membuang kata-kata "license come with responsibility" dan memegang tanggungjawab. masih malas mahu mengerah otak untuk berfikir menukarkan kata-kata kepada wang sedang masa berjalan pantas bersama RM6.50 yang ku bakar dengan senang hati sakit peparu. petang singgah di salon rakan, sekadar mencari teman bicara penghilang kebosanan, bercerita dan mendengar tentang masalah. kitaran lambat seminggu. seram. dalam borak santai otak masih juga mampu membicara tentang wang. ternyata pertemuan tak sia-sia kerna diakhiri dengan sebuah urusniaga, perlaburan masa depan. balik ke rumah cuba untuk tidak berpesanan ringkas. lawan. lawan. lawan. nekad dan kuatkan semangat... aku mampu... 


20hb Okt 2008

bangun dan cuba untuk berkerja tapi hati meronta enggan. lucunya seorang aku yang telah diberi kepercayaan untuk memimpin. mungkin jelak duduk ruang tepat yang kosong tak berinspirasi. di rumah masih sama ruang kosong tak berseri. tidur terjaga di tengah malam lalu mencapai telefon menghantar pesanan ringkas yang sangat ringkas yang dibalas dua kali ganda ringkas. bukan masa yang sesuai. menghadap komputer hingga tepat jam 3 pagi. gelap. sedar-sedar sudah terang.

Monday, October 20, 2008

dua juta tujuh ratus enam puluh empat ribu lapan ratus saat

20hb Okt - 20hb Nov 08

sebulan
empat minggu setengah
tiga puluh dua hari
tujuh ratus enam puluh lapan jam
empat puluh enam ribu lapan puluh minit
dua juta tujuh ratus enam puluh empat ribu lapan ratus saat

aku akan berekperimentasi dengan hidup... apa yang kehidupan ingin ceritakan kepada aku dan bagaimana hidup meleraikan setiap kekusutan... mungkin juga aku terjerat dalam perangkap keraguan, salah penilaian, silap haluan, disinilah akan wujud sebuah komedi kehidupan dan penulis asalnya adalah tuhan dan aku cuma membuat sebuah olahan semula dari skrip yang maha agung... dimana hati dan akal menjadi pengarahnya dan aku pelakon yang jujur pada watak... marahku, tangisku, senyumku, tawaku, hibaku bukan palsu... aku menjadi aku...

Saturday, October 11, 2008

nilai wanita

perempuan.... apakah nilai seorang perempuan.... perbincangan rancak di hari jumaat malam bersama abg mul telah membuat aku sendiri tertanya-tanya apakah nilai seorang perempuan.... aku binggung.... apa nilai seorang perempuan??? aku tak dapat memberi satu definasi khusus... tepuk dada tanya selera.... tak mungkin boleh kutepuk dada, sesak seketika.... perlukah aku meletak nilai perempuan setinggi awan? bisakah aku meletakkannya di tempat yang sebegitu istimewa.... aku sendiri takut untuk meletakkannya di tempat yang sebegitu tinggi.... apakah akal yang sihat ini tak mampu berfikir secara waras lagi... kewarasan apa yang ingin ku buktikan disini? waraskah kalau perbuatan, dan gerak geri tak sehaluan dengan akal yang kononnya waras... aku terlalu takut... terlalu kecil rasanya hidup bila sedar kewarasan yang kian pudar... aku masih tertanya-tanya apakah nilai perempuan... manusia meletakkan harga yang begitu tinggi untuk memiliki perempuan bukan atas dasar jual beli tapi atas dasar nilai yang dirasakan itu sendiri... adakala aku tertawa dengan kebodohan sendiri cuba mempersendakan keadaan dengan gurauan dengan pembohongan dengan senyuman... cuba membohongi diri tentang perempuan dan keperempuanannya. perempuan terlalu seni, halus, jalinan hatinya tak mungkin dimengertikan oleh kaum adam. aku sendiri kadang-kadang terpesona dengan seninya seorang perempuan dan sering tertanya-tanya bagaimana hati seorang perempuan lain, adakah sehalus apa yang terlihat di luaran.... soalannya masih sama apakah nilai seorang perempuan...

ibu, aku meletakkan kau di tempat teratas dalam tahta kerajaan perempuan, terima kasih kerana melahirkan, terima kasih atas segala kasih sayang, belaian terima kasih untuk segalanya dan maaf kerna adakalanya aku menghampakan, menguris perasaan kerna akal warasku sesungguhnya belum cukup waras untuk mentafsir segalanya... 

kakak, kau terlalu baik, kuletakkan kau pemangku tahta ibu... seseungguhnya aku mengagumi ketulusan hatimu... 

adik-adikku, teman gurau dan senda yang sering aku rindukan... kamu semua ku letakkan tinggi cuma adakala sebagai kakak aku sering terlupa yang kamu semua makin dewasa, dimata ku hatiku ahh... masih kecilnya rupanya.... 

sahabatku yang berempat, masih belum habis melafazkan kesyukuran yang aku rasa takkan pernah selesai setelah mengenali kamu semua... teman waktu riangku sahabat sejati waktu sedihku... 

guruku, kau terlalu istimewa kuletakkan, kecekalan dan kegigihanmu membuatkan aku lebih kuat dalam perjalanan seni ini... 

dan sahabat-sahabat yang lainnya, hadir kamu semua tetap memberi erti dalam hidup yang serba singkat ini... 

setiap perempuan ada nilainya tapi aku tertanya-tanya, masih binggung dan dunggu dalam teka-teki ini... masih mencari jawapan... apakah nilai seorang perempuan???? apakah nilai seorang perempuan jika perempuan itu aku? apakah nilai seorang aku?????